Thursday, November 3, 2011

Selamat Hari Raya Haji....

Apa habo orang Parit........
Teman sekeluarga sihat........Di kesempatan ini teman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adil Adha kepada kepada sedara mara, handai tolan dan khasnya semua orang Parit.....Teman tak balik kampung.....beraya di Subang Jaya....anak-anak saja yang balik ke romah teman....lemang? beli je kat kampung Medan ada sorang Yop tu sedap lemangnya....rasa lemang kat kampung kita Parit..... rindu tu tentu le rindukan kampung laman....

Friday, September 9, 2011

Berhari raya di rantauan..

Assalamualaikum...orang Parit....
Lebih 1 tahun saya tak menulis di blog saya ini. kerana saya sibuk pula dengan Face book.....Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua....Raya kali ini lain dari yang lain sebab setelah 64 tahun umur saya....inilah pertama kali saya tidak balik ke Parit untuk berhari raya.....sebab adik ipo saya yang duduk di rumah arwah bonda saya....setelah hampir 30 tahun dia tidak balik raya pertama di kampungnya di Johor....kerana arwah adik saya telah lama sakit.....jadi kami adik beradik faham....
Tetapi saya balik juga pada raya ke 2...dan tido di Ipoh....kerana ada reunion dengan murid SMK Kg. Gajah dan perjumpaan dengan Iskandarian. Ramai bekas murid dapat kami berjumpa dengan mereka..... diharap silaturrahim akan diteruskan......insya-Allah.....

Saturday, June 18, 2011

Assalamualaikum orang Parit....lama sungguh saya tidak menulih di blog saya ini...... saya baru sahaja meraikan hari jadi saya yang ke 63 pada 1 hb Jun lepas.......alhamdulillah .......
Semoga saya dikurniakan Allah .......iman yang semakin bertambah, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang terbaik, keluasan rezeki yang halal, ketenangan hakiki, rahmat juga barakah yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Doakankan juga……agar saya sentiasa dalam taufik, hidayah, perlindungan & pemeliharaan Allah SWT……insya_Allah….
Tarikh 13 Jun mengingatkan saya genap 1 tahun pemergian adinda saya Mohd Ghazali. Sedih sungguh saya apabila terkenangkan beliau....semoga di aman dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

Friday, March 11, 2011

Assalmualaikum orang Parit.......setahun saya tidak menulis di blog saya ni....kerana sibuk dengan Facebook.....sepanjang tahun lepas peristiwa yang paling sedih ialah pemergian adik saya Mohd Ghazali untuk selama-lamanya......baru-baru ini anak lelakinya yang ketiga berkahwin....terpandang-padang saya akan dia.....apa pun kami sekeluarga redha dengan pemergiannya....alfatihah....