Assalamualaikum org Parit.....
Apa habo? teman harap mengkome semua sihat. Jangan pikio pasa politik. Teman rase deme ni dah laro/menraban-raban macam org meroyan je....pada pendapat teman,tujuan menjadi seorang pemimpin adalah untuk memimpin ke jalan yang lebih. kalo kita dah dipilih menjadi pemimpin tunjukkan kemampuan kita. Lakukan yang lebih baik dari pemimpin sebelum ini. Sambung apa yang terhenti bukannye mencari kesalahan orang lain. Allah tahu apa yang telah berlaku. Ambik le semua sebagai iktibar. Pesan org Parit kepada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin.....
* Binalah impian seperti yang anda inginkan, kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukannya. Jadikan diri anda pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan jadi seperti pohon kering yang hanya layak dibuat kayu api*
* Seseorang harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya , cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya*
Dan yang paling org Parit sedih.......
*Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama* Ingat le....
*Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya* dan *Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment