Wednesday, May 20, 2009

Sejarah Parit....

Assalamualaikum org Parit......
Parit ialah sebuah pekan yang terletak dalam pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah yang beribu pejabat di Seri Iskandar, Bota Kanan, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Parit berdekatan dengan Tronoh, Seri Iskandar, Bota, Pusing, Beruas dan Batu Gajah.
Pada tahun 1979, Parit dikeluarkan dari Daerah Kuala Kangsar dan digabungkan ke dalam pentadbiran daerah Perak Tengah. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.
Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu:
1. Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Parit
2. Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.
Kawasan pentadbiran Perak Tengah
Perak Tengah meliputi:
* Parit - Buluh Akar (Simpang Tiga)
* Kampung Buloh Akar
* Estet Buloh Akar
* Tanjung Belanja
* Bota Kanan

1 comment:

  1. ini makyong aku...hehhhe

    mak yong...edit la blog sket. kasik jarak2 sket...rapat benor entry2 nyer...saket mate membace nye neh...

    ReplyDelete